02/02/2012

UNIT 8, Bahagian 1: Gaya Hidup Sihat

Cikgu akan memberikan contoh karangan berpandu berdasarkan tajuk yang terdapat dalam UNIT 8: BAHAGIAN 1.
Tajuk yang akan dibincangkan ialah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Klik gaya hidup sihat di sini untuk melihat soalan.

CONTOH KARANGAN BERPANDU

Marcapada, sering kita lihat di media-media massa akan perihal kesihatan yang kini diambil ringan oleh masyarakat. Rakyat Malaysia masih tiada kesedaran walaupun pihak kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyedarkan mereka supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini tidak begitu sukar untuk diamalkan serta tidak menggunakan kos yang mahal.
Antara cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah kita harus melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Faedah apabila aktiviti riadah dilakukan ialah kita dapat mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh. Hal ini menjadikan kita menjadi lebih bertenaga dan kelihatan segar. Oleh itu, cubalah mengajak ahli keluarga untuk beriadah. Di samping dapat menjaga kesihatan, kita juga turut dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Selanjutnya, kita boleh melakukan pemeriksaan doktor dua kali setahun untuk memeriksa tahap kesihatan kita. Kos untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tidak begitu mahal berbanding dengan kos rawatan penyakit. Oleh itu, kita harus melakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui kondisi badan kita serta melakukan langkah pencegahan awal jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit.
Tambahan lagi, masyarakat Malaysia perlu mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang supaya masalah obesiti di negara kita dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang obesiti perlu mengawal pemakanan mereka. Janganlah hendak bertindak apabila kita telah mendapat penyakit, bak kata pepatah sudah terhantuk baru nak tengadah.
Konklusinya, masyarakat haruslah mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas. Sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, pelbagai masalah dapat dikurangkan sekaligus mampu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kurang mempunyai masalah penyakit-penyakit kronik.
                                                                                                            (248 patah perkataan)
KOSA KATA MENARIK
Marcapada                            - Dewasa
Kondisi                                  - Keadaan
Konklusi                                - Apa yang dapat disimpulkan
Obesiti                                    - Kegemukan
Hasil karya : Wan Izzah Binti Wan Shamshudin

01/02/2012

UNIT 8 : GAYA HIDUP SIHAT

Berikut adalah antara isu yang boleh dijadikan topik perbincangan dalam kelas atau tajuk karangan berdasarkan Unit 8 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
- Kesihatan asas kebahagian
- Merokok
- Faktor-faktor  pelajar merokok
- Rakyat sihat negara sejahtera
- Gaya hidup sihat
- Penyediaan dan penjualan makanan di kantin sekolah yang tidak sempurna dan tidak sihat meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada murid-murid
- Kewujudan restoran makanan segera banyak mempengaruhi corak hidup masyarakat
- Keburukan makan makanan segera
- Cara-cara menjaga kesihatan
- Kepentingan kesihatan
- Kesan buruk obesiti
- Amalan-amalan remaja yang sihat
- Penjagaan makanan seimbang untuk kesihatan badan
- Cara-cara mengurangkan obesiti
- Pelancongan kesihatan 

17/01/2012

Rehat Minda

Salam.  Dalam kesibukan, masih terselit sedikit ruang untuk merehatkan mindaku terutamanya. Melepaskan diri dari kesibukan semasa untuk seketika sebelum kembali memberi komitmen tinggi kemudian nanti.






Sekadar berkongsi perkara yang perlu dikongsikan.

15/01/2012

Masalah Pengangguran

Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita berpunca daripada sikap mereka yang terlalu memilih kerja.

Bincangkan pernyataan tersebut.

11/01/2012

Kata Ganda

Kata ganda memang penting dan popular dalam ilmu bahasa Melayu. Di samping bertujuan untuk menunjukkan maksud  banyak, juga boleh bertindak sebagai penunjuk darjah penghabisan dan lain-lain.
Klik Kata Ganda bagi mengikuti sesi pengajaran yang sepenuhnya.

*Kredit kepada Cikgu Hirzi Muzani dan Cikgu Muhd Rahmat kerana bersama-sama dengan saya bagi menyiapkan slide Kata Ganda ini. Diharapkan topik mengenai Kata Ganda ini dapat memudahkan lagi pelajar dalam memahami topik tersebut. InsyaAllah

08/01/2012

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam tahun baru kepada semua. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Pastinya banyak kenangan yang telah tercipta pada tahun sebelum ini, tidak kira yang manis ataupun pahit. Dengan kenangan dan pengalaman inilah ia menggerakkan kita ke tahun hadapan yang lebih mencabar dan menjadikan kita bersedia untuk menghadapinya. Kepada individu yang bergelar guru, teruskan usaha dan semangat yang menggunung dalam membentuk pelajar menjadi seorang insan yang berdaya saing dan berketrampilan tinggi. Kepada individu yang bergelar pelajar, tetapkan azam dalam mengharungi cabaran akan datang kerana andalah warisan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Peribahasa

Kali ini cikgu akan memberi sedikit kupasan mengenai peribahasa. Lazimnya maksud peribahasa amatlah luas. Bagi memudahkan para pelajar, dapat disimpulkan bahawa peribahasa bermaksud susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.
Peribahasa lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu dan digunakan dalam pertuturan harian

Jenis-jenis peribahasa antaranya ialah
·         Simpulan bahasa
·         Perumpamaan
·         Pepatah
·         Bidalan
Kepada para pelajar, anda dikehendaki menjawab soalan yang melibatkan peribahasa bagi menguji tahap penguasaan pelajar dalam topik ini. Untuk menjawab hanya klik link di bawah.
Selamat menjawab dan semoga berjaya.

Terima kasih kepada pkgseriampang kerana membenarkan saya mengambil bahan pengajaran ini.