Kebaikan dan keburukan telefon bimbit.
Bincangkan
Mengatur Bahasa Seperti Mengatur Fikiran Bangsa, Menambah Kata-Kata Bahasa Seperti Menerbitkan Fikiran Bangsa Dan Bahasa Itu Adalah Jiwa Bangsa
17/11/2015
15/11/2015
pendapat
Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif.
Bincangkan pendapat anda tentang kepentingan pelaksanaan dasar tersebut.
PT3 (Bahagian Karangan)
Assalamualaikum
Karangan ini merupakan salah satu contoh karangan yang bertepatan dengan tema yag diberi
Semoga dapat menjadi panduan kepada para pelajar. InsyaAllah
PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN DISIPLIN ANAK-ANAK DALAM MEBENTUK MASYARAKAT YANG CEMERLANG
Karangan ini merupakan salah satu contoh karangan yang bertepatan dengan tema yag diberi
Semoga dapat menjadi panduan kepada para pelajar. InsyaAllah
PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN DISIPLIN ANAK-ANAK DALAM MEBENTUK MASYARAKAT YANG CEMERLANG
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Demikianlah satu proklamasi yang
menggambarkan kepentingan golongan remaja atau lebih dikenali sebagai generasi
Y dalam menerajui kepimpinan negara suatu ketika nanti. Namun, sayang seribu
kali sayang, dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang
mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan sahmura ini.
Menurut kajian yang sahih antara masalah yang membabitkan golongan ini sehingga
menjadi buah mulut orang ramai dan menimbulkan kontroversi ialah gejala
vandalisme, buli, gangsterisme dan entah seribu satu macam lagi gejala. Adakah
salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Oleh itu, keutuhan
institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial lantaran
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan.
Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial
sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Persoalan yang
bermain di ruang legar minda kita , apakah peranan yang perlu
dilaksanakan oleh institusi keluarga dalam menangani masalah yang menjadi duri
dalam daging ini.
Peranan
yang dianggap dominan ialah golongan ibu bapa wajar mencurahkan kasih
sayang kepada anak-anak mereka. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini
kerana ibu bapa bertanggungjawab mengasuh anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak
sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh
kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar
harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan atau materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka
terlalu sibuk dengan urusan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.
Sebagai uswah, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama dengan anak-anak mereka. Ibu
bapa haruslah sedar bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkannya. Sudah terang lagikan bersuluh, ibu bapa perlu
mengimbangi kepentingan keluarga dan tuntutan kerjaya kerana
anak-anak amat memdambakan kasih sayang seorang bapa dan
ibu.
Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, golongan remaja perlulah dibekalkan
dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata! Lantaran itu, ibu bapa perlulah menekankan
kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan
agama dan moral mampu mendorong remaja membezakan antara intan dengan
kaca lantas melatih remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesetengah
ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan
menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus
memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.Secara
analoginya, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama
kepada anak-anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justifikasinya,
didikan agama yang dibekalkan dapat memastikan anak-anak mereka mempunyai
benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri
dalam kancah maksiat atau tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan
merosakkan nama baik sesebuah
keluarga.
Peranan
terakhir yang juga dianggap signifikan termasuklah ibu bapa haruslah menjadi
suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, Ibu bapa
perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala
perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya
sedar bahawa mereka merupakan cermin kepada anak-anak. Cuba kita bayangkan,
dapatkah ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok
mendidik anak-anak mereka agar tidak merokok juga? Tepuk dada tanya
selera! Ghalibnya, ibu bapa perlulah mengatasi setiap kelemahan yang ada pada
diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka
terdedah pada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh yang anaknya berjalan betul. Izharnya,
melalui contoh yang baik, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat
buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang
mampu menghancurkan masa depan mereka.
Sebagai penutup wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, mereka perlu dibimbing agar menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik semata-mata.
Sebagai penutup wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, mereka perlu dibimbing agar menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)