17/11/2015

Kebaikan dan keburukan telefon bimbit.
Bincangkan

7 comments:

  1. Berpandukan cara pemakaian alat komunikasi itu, terdapat baik dan buruknya penggunaan telefon bimbit pada millennium ini. Kebaikan telefon bimbit dalam kehidupan seharian adalah memudahkan seseorang untuk berhubung antara satu sama lain. Pada masa kini, umat sejagat amat memerlukan sesuatu medium untuk berhubung dengan orang lain. Hal ini kerana manusia mempunyai sifat sentiasa ingin bersama dengan orang yang tersayang dan telefon bimbit memudahkan perkara itu untuk berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan komen diatas kerana telefon bimbit dapat menghubungi orang tersayang tidak kira di mana jua.Selain itu,ini akan dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

      Delete
  2. haziq (abang bomba)17 November 2015 at 04:57

    Keburukan telefon bimbit ialah perkara yang tidak baik seperti fitnah dan khabar angin yang tidak baik akan berleluasa.Sebagai mana yang kita tahu melalui telefon bimbit kita dapat menyebarkan maklumat dengan pantas tanpa halangan.Oleh sebab itu, juga perkara seperti fitnah dan khabar berita buruk dapat di sebarkan yang dapat memecah belahkan perpaduan sesebuah masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Telefon bimbit merupakan salah satu medium untuk menjalankan perniagaan atas talian.Hal ini dikatakan kerana, walaupun kita pergi bercuti ke luar atau dalam negara kita masih boleh terus berinteraksi dengan pelanggan.Perniagaan ini boleh dilakukan melalui facebook,Whats app dan banyak lagi.Oleh itu!jelaslah terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  4. Keburukan telefon bimbit ialah akan merenggangkan hubungan kekeluargaan di dalam sesebuah keluarga. Hal demikian terbukti apabila semua ahli keluarga sibuk bermain telefon tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya,dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana keluarga merupakan golongan terpenting dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete
  5. Kebaikan telefon bimbit ialah dapat mencari sesuatu maklumat hanya di hujung jari.pada era moden kini terdapat banyak perkara baru dan isu-isu semasa yang berlaku.oleh itu,dengan menggunakan telefon bimbit kita dapat mengetahui sesuatu perkara yang baru.bukan sahaja dalam negara,malah seluruh dunia juga kita boleh tahu.

    ReplyDelete
  6. telefon bimbit dapat merapatkan ukhwah persaudaraan .selain itu,Ia dapat menambah kenalan.

    ReplyDelete