15/11/2015

pendapat


Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif.
Bincangkan pendapat anda tentang kepentingan pelaksanaan dasar tersebut.


24 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kepentingan pelaksanaan tersebut ialah pelajar dapat memastikan tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.Hal ini disebabkan setiap aktiviti sukan yang dilakukan boleh mengeluarkan peluh secara tidak langsung pembakaran lemak boleh diproses dengan baik.Selain itu,badan yang cergas dapat menjurus kearah minda yang cerdas melalui aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  3. Antara kepentingan dasar 1murid 1 sukan ialah dapat merapatkan hubungan antara kaum. Contohnya, pihak pengurusan sekolah mengadakan hari sukan. aktiviti ini akan melibatkan semua pihak sama ada guru mahupun pelajar. kerjasama amatlah penting bagi menjayakan akiviti ini. semua ahli rumah sukan pasti akan berganding bahu untuk memastikan rumah sukan mereka tampil sebagai juara. Mereka akan bersatu padu tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama untuk mencapai target mereka. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Antara kepentingan dasar 1 murid 1 sukan ialah dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.contohnya guru akan turut serta dalam memastikan murid menjayakan hari sukan dengan lebih lancar dan sistematik.

    ReplyDelete
  5. Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di arena antarabangsa. Mereka disanjung dan dipandang tinggi serta mampu meraih pendapatan sehingga kejutaan ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan berpeluang menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

    ReplyDelete
  6. Antara kemaslahatan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan ialah melahirkan masyarakat yang seimbang dari aspek akademik dan jasmani. Hal ini kerana badan yang cergas menjamin otak yang cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan tahap kecergasan individu sekali gus memantapkan kapasiti permikiran seseorang. Kerajaan sedar tentang sikap rakyat Malaysia yang semakin lama semakin ramai mengabaikan sukan lantaran semakin sibuk dengan kehidupan seharian. Akibatnya ramai pelajar nagara kita yang pintar namun mempunya daya ketahanan fizikal yang amat tidak memuaskan. Senario ini amat merugikan kerana individu yang cemerlang ialah individu yang seimbang dari semua aspek. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan amat signifikan dalam usaha melahirkan rakyat negara yang cemerlang.

    ReplyDelete
  7. Antara kepentingan dasar 1 murid 1 sukan yang lain ialah dapat melahirkan seorang murid yang berkebolehan dalam sukan yang diceburi dan dapat menjadi pelapis sukan untuk masa yang akan datang.Contohnya,jika seorang murid itu memilih untuk bermain sukan bola tampar,dia dapat menumpukan sepenuhnya dalam sukan yang dipilih.Hal ini akan menjadi pelapis-pelapis sukan negara meningkat dan mampu untuk menaikkan nama negara dalam bidang sukan.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya , perlaksanaan dasar tersebut adalah penting kerana pembelajaran yang efisien dan berkesan bermula dari tubuh badan yang sihat . Dengan mewajibkan satu sukan bagi setiap pelajar , toksin yang tidak diperlukan didalam badan dapat dikeluarkan melalui peluh . Dengan dasar ini , masyarakat yang sihat dan cergas pada masa hadapan dapat dijamin .

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya, kepentingan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan ialah dapat dapat mempukuk perpaduan kaum. pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama akan terlibat dalam pelaksanaan tersebut. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, “tak kenal, maka tak cinta”. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat di samping mengukuhkan perpaduan antara kaum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pendapat seperti dinyatakan oleh Ungku. Seperti yang kita tahu pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan sememangnya dapat memupuk perpaduan kaum. Ini kerana dasar ini melibatkan semua kaum untuk melibatkan diri dalam sukan.

      Delete
  10. Antara kepentingan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan ialah melahirkan generasi masa hadapan yang lebih sihat dan aktif. Pada pendapat saya, generasi akan datang yang aktif dan sihat dapat meningkatkan produktiviti negara dalam semua sektor. Selain itu, bidang sukan dapat dipertingkatkan dengan cara melahirkan atlet-atlet baru yang berkualiti dan berintegriti.

    ReplyDelete
  11. Kepentingan-kepentingan dasar 1 murid 1 sukan ialah dapat mengeratkan hubungan antara kaum . Tamsilnya , semua pelajar yang berbilang kaum akan bekerjasama dalam sesebuah pasukan untuk mengecapi kejayaan .

    ReplyDelete
  12. Pada pandangan saya, dasar 1 murid 1 sukan dapat merapatkan ukhwah antara murid dan guru. di samping itu, program ini juga memnbantu untuk melahirkan generasi y yang berbadan cergas dan berminda cerdas. Lantaran itu, pihak sekolah juga digalakkan untuk membuat pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelajar untuk menjayakan program ini dengan gemilangnya.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya, pelaksanaan ini mampu memberi pelbagai impak yang positif. Antaranya, murid dapt meningkatkan daya pemikiran serta murid dapat mengekalkan kesihatan badan. Justeru itu, rakyat Malaysia akan terdiri daripada murid-murid yang sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh fatin . walau bagaimanapun, kekangan masa telah menyukarkan dasar ini daripada menjadi panduan. oleh itu, dasar ini harus dikaji semula oleh semua pihak.

      Delete
  15. MUHD KHAIRIK IMRAN BIN ROSTAM17 November 2015 at 04:34

    Pelaksanaan dasar ini membolehkan setiap pelajar menceburi sesuatu bidang sukan dengan lebih mendalam.Hal ini secara tidak langsung akan membolehkan penguasaan yang lebih efektif terhadap sesuatu bidang sukan yang diceburi.Oleh itu,Malaysia akan dapat melakukan satu anjakan paradigma dalam bidang sukan.Dengan cara ini kecemerlangan dalam bidang sukan di Malaysia akan lebih bergemerlapan dan tidak terbiar begitu sahaja.Sehubungan dengan itu Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain yang maju dalam bidang sukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Benar saudaraku, saya meyokong dasar ini seratus peratus. Saya juga berharap kerajaan dapat mengaplikasikan dasar ini di Malaysia. Marilah beramai-ramai menyokong Dasar 1 Murid 1 Sukan ini.

      Delete
  16. Pada pendapat saya, pelaksanaan dasar ini dapat mencergaskan otak kita kerana badan sihat otak cergas. Di samping itu dasar ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan kebolehan dan mengasah bakat mereka dalam bidang sukan

    ReplyDelete
  17. Pada pendapat saya dasar 1 murid 1 sukan merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi seluruh rakyat malaysia. Ini kerana dasar ini dapat melahirkan rakyat yang bukan sahaja hebat dari segi akademiknya tetapi juga rakyat yang hebat dalam sukan juga. Lantas dasar ini dapat membentuk rakyat atau sebuah masyarakat yang seimbang. Perkara ini haruslah dititikberatkan agar malaysia tidak dipandang seperti katak di bawah tempurung kerana tidak seiring dengan dunia kini yang mementingkan aspek akademik dan jasmani. Sekian~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menyokong 100% pendapat yang dikemukan johan gembira~•○

      Delete
  18. Pada pendapat saya, dasar 1 murid 1 sukan amat penting untuk pelajar di Malaysia. Saya menyokong, dasar ini dapat melahirkan rakyat yang sihat dan aktif sekaligus melahirkan seorang pelajar cerdas mindanya. Persis pepatah arab, akal yang cerdas datang dari badan yang cergas.

    ReplyDelete
  19. Pada pendapat saya,kepentingan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan ialah dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi mental dan fizikal . Masyarakat yang seimbang dari segi mental dan fizikal bermaksud masyarakat yang mempunyai minda yang cerdas dan tubuh badan yang sihat.

    ReplyDelete