08/01/2012

Peribahasa

Kali ini cikgu akan memberi sedikit kupasan mengenai peribahasa. Lazimnya maksud peribahasa amatlah luas. Bagi memudahkan para pelajar, dapat disimpulkan bahawa peribahasa bermaksud susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.
Peribahasa lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu dan digunakan dalam pertuturan harian

Jenis-jenis peribahasa antaranya ialah
·         Simpulan bahasa
·         Perumpamaan
·         Pepatah
·         Bidalan
Kepada para pelajar, anda dikehendaki menjawab soalan yang melibatkan peribahasa bagi menguji tahap penguasaan pelajar dalam topik ini. Untuk menjawab hanya klik link di bawah.
Selamat menjawab dan semoga berjaya.

Terima kasih kepada pkgseriampang kerana membenarkan saya mengambil bahan pengajaran ini.

5 comments:

  1. Cikgu...susah juga peribahasa ini ye...saya hanya memperolehi 92% sahaja...

    ReplyDelete
  2. cuba lagi Hafiz..insyaAllah ada peningkatan.soalan ni mirip soalan PMR awak nanti.

    ReplyDelete
  3. Hafizhan Zainudin...Tahniah kerana mendapat 92%.satu pencapaian yang membanggakan bagi percubaan pertama.

    ReplyDelete
  4. saya hanya mendapat 92%...soalan yang diberikan boleh tahan susahnya..

    ReplyDelete
  5. tahniah izzat. InsyaAllh cikgu akan masukkan satu link bagi permainan peribahasa dan tatabahasa di blog cikgu. masih dalam pembikinan.

    ReplyDelete